klik2 jaa

Thursday, August 22, 2013

KisaH baS dan GentiNg HiglaNDs

kata Bahulu*negara dikejutkan dengan kisah Bas terjatuh selepas lama tidak kedengaran, yang paling BS ingat tragedi Kemalangan Bas Express Di Bukit Gantang (PLUS) dan di Cameron Highlands."Sesungguh Malang itu tidak berbau" dan Kita hanya mampu merancang. Yang penting ketika di Jalanraya Keselamatan semua harus di utamakan. 

As-salam..


Patuhi Had Laju ,Jgn memotong sesuka-hati&ingatlah nyawa begitu berharga bagi insan2 

Ikuti kisahnya>>>Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting Highlands


6
Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting Highlands | Kemalangan yang berlaku pada jam 2.45 petang semalam (21/08/2013) di sifatkan sebagai kemalangan terburuk di negara kita Malaysia untuk tempoh 17 tahun. Terdahulu pada Julai 1996 kita di kejutkan dengan kejadian yang sama yang mana kemalangan yang melibatkan bas terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter di jalan Genting Highlands ini dan menyebabkan 17 orang terbunuh termasuk 6 orang kanak-kanak ketika perjalanan pulang dari Genting Highlands selepas selesai mengadakan sambutan hari keluarga di sana.

Jalan yang berliku menuruni Genting Highlands berhamiran Tokong Chin Siew

Analisis dan Kronologi Bas Jatuh Gaung di Jalan Genting Highlands

Di catatkan terdapat 9 kemalangan melibatkan bas yang berlaku di jalan Genting Highlands setakat ini. Terdapat banyak faktor yang penulis anggarkan menjadi punca tragedi ini berdasarkan pengalaman bekerja di pusat peranginan itu selama 12 tahun antaranya ;

  • Fizikal dan mentaliti Pemandu (kurang cekap penat, mengatuk, tidak sihat, sikap, kurang pengalaman dengan keadaan jalan  dan lain-lain)
  • Keadaan Bas daripada segi selenggara / service termasuk kerosakkan mekanikal (sistem brek tidak berfungsi dengan baikdan sebagainya
  • Keadaan jalan yang licin dan curam serta bengkang bengkok.
  • Faktor cuaca iaitu hujan, berkabus (jarak penglihatan yang terhad)*pengalaman memandu biar pemandu yang betul2 berpengalaman 

Berikut antara kronologi tragedi kemalangan yang melibatkan bas yang berlaku di jalan Genting Highlandsadalah seperti berikut ;
  • 15 Julai 1996 - Tujuh belas (17) orang terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands termasuk 6 kanak-kanak.
  • 31 Dis 1996 - Masih lagi pada tahun 1996 seramai 30 orang tercedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas dan terhumban ke dalam gaung di KM4 berhampiran Tokong Chin Siew di Genting Highlands ketika dalam perjalanan pulang menuruni jalan tersebut dari pusat peranginan itu.
  • 14 Nov 1999 - Melibatkan seorang (1) kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari negara jiran Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.
  • 20 Nov 2006 - Tiga (3) terbunuh apabila bas dua (2) tingkat yang dinaiki oleh mereka (pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand - PEA)  terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands arah Batang Kali.
  • 3 Jun 2008 - Dua (2) penumpang sebuah bas persiaran maut dan empat puluh satu (41) yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan (9) meter ke dalam gaung di KM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
  • 2 Sept 2010 - Di KM35.1 Lapan belas (18) orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.
  • 29 Okt 2010 - Sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands yang menyebabkan Tujuh (7) maut manakala 20 orang lagi cedera.
  • 5 Mac 2012 - Dua (2) pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang lainnya cedera apabila bas pelancong tersebut terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.
  • 21 Ogo 2013 - Seramai 37 maut manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands.


sekalung budi:
silenceblogz*BS belum jejaki kaki kat genting...hehehe

2 comments:

atuk said...

Salam Syawal

Subhanallah

Bahulu Studio said...

salam jugak buat atuk...
moga syawal membawa seribu keberkatan buat kita..AMIN

Salam Terakhir...

Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan ibu mertua meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa ha...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...