Waktu memasak: 30 minit
Saiz hidangan: 50 biji
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 250gm tepung gandum | diayak 
  • 3gm serbuk penaik | diayak
  • 200gm mentega
  • 145gm gula aising
  • 115gm emping jagung
  • 80gm kismis hitam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
 
 
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan dipukul sehingga sebati.
3. Setelah itu masukkan pula tepung gandum yang di ayak bersama serbuk penaik. Pukul rata.
4. Masukkan esen vanila, emping jagung dan kismis hitam. Gaul sebati dan disimpan di dalam peti sejuk selama 25 minit.
5. Seterusnya bulat-bulatkan adunan atau menjadi bentuk kegemaran. Susunkan di atas loyang yang telah digriskan.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 160°C selama 30 minit