Waktu memasak: 45 minit
Saiz hidangan: 6 orang
 
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 1kg daging batang pinang | dihiris nipis
  • 30 biji cili merah l dihiris
  • 6 biji bawang besar l dihiris
  • 6 biji bawang putih l dihiris
  • 5cm halia l dihiris
  • 4 batang serai l dihiris
  • 4 biji buah keras
  • 4 helai daun limau purut
  • 10ml minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Rebus daging bersama serai dan daun limau purut sehingga empuk.
2. Setelah empuk angkat, toskan dan ketuk daging yang siap direbus.
3. Panaskan minyak kemudian goreng daging dan angkat. Ketepikan.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar berserta buah keras sehingga garing.
5. Apabila garing, masukkan daging dan biarkan dimasak sehingga daging empuk dan kering.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan taburkan hirisan daun limau purut.
7. Angkat dan hidangkan

Akitel Oleh: EDITORIAL RASA,TERIMA KASIH ,DAUN KELADI