klik2 jaa

Sunday, May 22, 2011

Sedutan Kejadian tanah runtuh di Hulu Langat..Part2

 Faktor kejadian....tanah runtuh


KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, 
Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, i
aitu aliran puing (debris flow).
Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 
Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka 
dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun
sekali bergantung kepada cuaca semasa. 

Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan 
tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan
di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995. 

“Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca,
keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit.

“Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan
mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh,” katanya.

Menurut Ibrahim, kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak
diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk. 

“Di negara kita sendiri perkara ini selalu terjadi tetapi biasanya tidak diketahui 
kerana berlaku di tengah hutan seperti Banjaran Titiwangsa. 

“Disebabkan ia jarang diberi perhatian, masalah ini tidak diambil berat oleh pihak berkaitan, 
termasuk orang ramai yang masih berani mendirikan rumah di lereng bukit,” katanya. 

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, kejadian berkenaan berbeza dengan kes tanah runtuh 
yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 6 Disember 2008. 

“Kejadian di Bukit Antarabangsa berpunca daripada kecuaian manusia yang rakus melakukan 
pembangunan tidak terkawal di kawasan bukit. 

“Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi ini, kawasan berkenaan tetap mempunyai risiko
untuk berlakunya tanah runtuh kerana terletak di kawasan bukit,” katanya. 

Menurutnya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang, pihak berkaitan, 
khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), memantau keselamatan kawasan berbukit
yang didiami penduduk. 

Katanya, ini kerana kejadian tanah runtuh hingga membabitkan kehilangan nyawa sering 
berlaku tetapi tindakan yang diambil selepas itu hanya sementara, lantas diabaikan. 

“Kita lihat ini sebagai kelemahan kerana pemantauan dan pelbagai cadangan hanya 
dibuat bila kejadian berlaku, tetapi bila reda isu itu ia dilupakan,” katanya.

sumber: hmetro




Senarai nama yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat

 

22/05/2011 11:32am

1)     Mohd. Kamarul Amizan, 11
2)     Nurahimi Rosdi, 14
3)     Dzahir Haziq M. Muin, 11
4)     Ahmad Lokman Hakim, 11
5)     Farid Ibrahim, 34
6)     Mohd. Azret Azahari, 8
7)     Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8)     Zahid Assawal Zamri, 19
9)     Mohd. Mustakim Mamat, 12
10)   Mohd. Naerzein M. Nor, 8
11)   Mohd. Aiman Abdullah, 10
12)   Shahrul Nurimran Adnan, 9
13)   Mohd. Zaim Azahari, 14
14)   Mohd. Imal Fahad, 9
15)   Mohd. Riezman Ab. Latif, 9
16)   Mohd. Hazim Sapri, 10

sumber: utusan malaysia

1 comment:

Hasmizal said...

semoga roh mangsa-mangsa ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman...

amin..

Salam Terakhir...

Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan ibu mertua meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa ha...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...